Baru sahaja kemelut diantara usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida (DSV) dengan Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA hampir selesai, di media sosial kembali rancak memperkatakan mengenai perselisihan faham diantara DSV dan penyanyi, Aishah.
Tuju Buat DSV?
Menerusi laman Instagram nya, DSV telah memuatnaik suntingan tajuk sebuah portal yang menunjukkan Aishah seolah-olah menulis sesuatu buatnya. Biarpun tidak menyebut nama usahawan tersebut, namun rata-rata pengikutnya mengandaikan status tersebut ditujukan buat DSV sehinggalah usahawan itu kembali membidas kenyataan tersebut.
Pengikut Selar Tindakan Aishah
Menurut DSV, sebelum ini dia banyak berdiam diri kerana ingin memberi peluang buat Aishah.
Di kesempatan itu, dia turut bertegas untuk menyamakan kes yang dihadapinya Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut DSV menyatakan sokongan mereka buat usahawan itu selain mempersoalkan tindakan Aishah memuatnaik status berkenaan.