Jutawan kosmetik, Dato Seri Vida (DSV) teruk dikecam netizen selepas menyanyikan single terbaharunya, Ku Ikhlaskan pada malam Konsert Final Big Stage 2022 yang diadakan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
Menerusi hantaran di Instagram, DSV telah memuatnaik video persembahannya dan mencuri perhatian ramai dengan persalinan mengenakan dres ropol merah jambu rekaan Behati.
Dikecam Netizen
Walaubagaiamanapun, persembahan Vida yang juga Presiden Netizen dikecam ramai berikutan ada yang mengatakan usahawan itu sekadar ‘miming’ di atas pentas. Malah, ada yang memintanya untuk tidak berasa bangga dengan jumlah tontonan yang berjuta sekiranya takut untuk menyanyi secara langsung di atas pentas.
“Kalau bibir macam tu, pakai je la lipstick biasa. Menyerlah sangat tu dato.”
“Miming ke laut dalam..Apatah lagi nyanyi live. Guna autotune pun tak sedap didengar.”
“Miming je lebih, Kalau live mau banjir Putrajaya. Nilai orang dengan semangat kenegerian. Orang suh baca komen netizen dia dok merapu.”
“Tak yakin suara sendiri baik tak payah jadi penyanyi. Tak payah nak banggga view juta-juta kalau nak nyanyi live pun penakut dan malu.” komen mereka
Untuk rekod, Elica Paujin bergelar juara menerusi markah terkumpul daripada juri dan markah undian penonton. Hasil kemenangan itu, anak jati Tambunan itu berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi.
Konsert akhir Big Stage yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Al Hadad menampilkan Ajai, Dato Seri Siti Nurhaliza dan Aliff Aziz sebagai juri tetap untuk musim kali ini. Selain Vida, penyanyi Aina Abdul dan Elly Mazlein telah diundang sebagai juri jemputan dan juri jemputan.