Pelakon kacak Miller Khan kini telah selamat bergelar suami kepada seorang pereka fesyen, Farina Rebecca pada Rabu (10 November 2021).
Khabar gembira tersebut telah dikongsi oleh adiknya yang juga pelakon dan penyanyi, Isa Khan menerusi Instagram yang turrut mengucapkan tahniah buat Miller selain mendoakan agar perkahwinan mereka dirahmati Allah.
“Alhamdulillah, akhirnya abang saya kahwin! Tahniah abang, moga tuhan memberikan rahmat buat kamu dan isteri. Amin Ya Rabb. Sayang awak, abang.”-tulis Isa
Memetik laporan portal hiburan Indonesia, difahamkan majlis perkahwinan Miller dan Farina telah diadakan di sebuah resort lima bintang di Bali.
Melamar Dengan Cara Unik
Terdahulu, Miller telah melamar kekasihnya ketika Isa melangsungkan perkahwinan dengan pelakon, Risteena Munim. Apa yang menarik perhatian ramai adalah cara lamaran Miller sewaktu pasangan itu menaiki helikopter bersama dan terbang di sekitar ibu kota.
Selamat Pengantin Baru Miller Khan!