Pengarah terkenal, Michael Ang tampil memberi komen terhadap muzik video jutawan kosmetik terkenal Dato Seri Vida (DSV), berjudul Ku Ikhlaskan yang telah dilancarkan di laman Youtube baru-baru ini.
Akui MV Vida Ada ‘Kelas’
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Michael mengakui MV tersebut mempunyai DSV merupakan kelas dan konsepnya yang tersendiri. Malah. Michael turut memuji lirik lagu Ku Ikhlaskan yang disifatkannya terbaik.
“Salam semua. Saya harus lakukannya dengan filter ini. Ok i kena mengakui muzik video @datoserivida memang kelas n looks good n berkonsep! Lirik lagu best!”- tulis Michael
“Apa-Apapun Akan Orang Kutuk”
Tambahnya lagi,sestengah pihak akan tetap mengecam setiap tindakan Vida walaupun hakikatnya muzik video itu sangat bagus. Selain itu, dia turut meminta Vida untuk sentiasa bersabar dengan setiap kecaman yang diterima.
“Apa-apapun akan orang kutuk walaupun hakikat ok! Sabar la ya makcik ya. Luv u and all the best!”-katanya
Pelbagai Reaksi Netizen
Tinjauan Murai di ruangan komen hantaran pengarah terkenal ini mendapati rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat Michael. Namun, ada yang berpendapat kualiti nyanyian Vida masih banyak perlu diperbaiki.
“MV dia memang letopss..Cuma suara tu auto tune terlalu nampak sangat.”
“Suara DSV macam suara artis 80-an gitu kan.”
“Ok. Setuju. Cantik dan best cuma yang telekung tu tak sesuai la. Tak tau la mungkin kat Malaysia tak biasa kot. Kalau kat Arab memang onzz.”
“Konsep MV memang bagus namun nyanyian dia masih banyak benda perlu diperbaiki. Tak dengar ke auto tune atau pura-pura tak dengar.” – komen mereka
Sekadar info, MV lagu Ku Ikhlaskan ciptaan Amy Ukays dan Vida itu telah menelan belanja sebanyak RM400,000 dan menjalani penggambaran selama lima hari sekitar Kuala Lumpur dan Genting Highlands.