21.9 C
Malaysia
Saturday, August 31, 2024

Latest Posts

“Mereka Tak Sedar Ianya Adalah Istidraj!”-PU Syed Tegur Video Tular Pengasas Kosmetik Tepuk Punggung Di Khalayak Ramai

Pencetus Ummah (PU) Syed tampil bersuara terhadap video tular yang melibatkan beberapa pengasas produk kecantikan dan selebriti yang merakamkan aksi yang disifatkan kurang manis di khalayak ramai.

Mahu Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Menerusi hantaran di Instagram, PU Syed menyatakan bahawa kes mereka seharusnya diserahkan kepada pihak berkuasa serta pihak jabatan agama Islam negeri untuk mengambil tindakan agar mereka menyedari akan batas-batas syarak.

“Kisah usahawan yang dikenali sebagai KKM, Vida dan rakan-rakan sekutu mereka ini wajar diserahkan kepada pihak lebih berautoriti dalam negara.”-PU Syed

Semakin lama dibiar semakin biadab dan angkuh mereka ini. Pihak jabatan agama Islam negeri dan JAKIM perlu memanggil mereka ini untuk di ‘basuh dan disental’ mana yang perlu agar mereka tahu dan sedar batassan-batas syarak.”-Kata PU Syed

“Mereka Tak Sedar Ianya Adalah Istidraj!”

Tambahnya lagi, pendakwah bebas ini juga menyifatkan pengasas kosmetik dan selebriti tidak menyedari telah melakukan istidraj, yang mengganggap ‘mencipta kontroversi’ itu sebagai punca ‘rezeki semakin meningkat’.

“Tak cukup dengan mengecam mereka kerana mereka telah kebal dan bebal dalam segala kecaman yang dihalakan kepada mereka.

Bahkan mereka lebih menganggap , ‘mencipta kontroversi’ itu adalah punca ‘rezeki mereka semakin meningkat ‘ walaupun mereka tak sedar ianya adalah ‘istidraj’!”-Jelas PU Syed

via Instagram PU Syed

Titip Doa Agar Sempat Bertaubat

PU Syed turut menitipkan doa agar mereka dan semua pihak agar sempat bertaubat atas segala dosa dan kesilapan yang telah dilakukan.

“Terkini isu KKM menepuk punggung Vida dan beberapa artis lain dan disiarkan pada khalayak ramai telah menjadi buah mulut netizen.

Mereka berbangga dengan kebiadaban yang mereka telah lakukan. Semoga mereka ini dan kita semua sempat bertaubat atas segala dosa dan kesilapan kita.

Dipetik dari laporan Harian Metro, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan orang ramai berhubung tindakan beberpaa pengasas kosmetik dan selebriti terkenal yang merakam aksi kurang manis di khalayak ramai. Menurut MCMC, siasatan lanjut terhadap mereka  masih dijalankan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.