21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Mereka Tak Rentung!” – DSV Sebak, Bakal Saman Diva AA

Baru-baru ini Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mencetuskan kontroversi apabila memuat naik rakaman video dia membakar minyak wangi dan selendang pemberian Datuk Seri Hasmiza Othman atau juga dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) sambil menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap usahawan itu. Lebih memalukan, dia turut menghina anak-anak Vida termasuk dua orang anak lelakinya yang terkorban dalam sebuah kebakaran beberapa tahun yang dulu.

Beri Tempoh 48 Jam Untuk Mohon Maaf 

Ekoran itu, Vida bertegas untuk mengambil langkah yang seterusnya dengan memberi memberi tempoh selama 48 jam buat Diva AA untuk menarik semula kenyataan yang dikeluarnya mengenai usahawan itu serta membuat permohon maaf secara terbuka. Pengumuman itu dibuat Vida bermula pada sidang media khas yang diadakan semalam di Hotel Ancasa, di sini.

Sekiranya gagal berbuat demikian, Vida akan mengambil tindakan undang-undang menerusi peguam yang dilantiknya.

“Saya tuntut permohonan maaf dalam masa 48 jam sebelum saya teruskan dengan tindakan undang-undang.

“Apa yang diperkatakan dalam video yang dibuatnya itu sangat biadap dan keterlaluan apabila dia menghina kematian dua anak saya yang meninggal dunia dalam keadaan tragik serta mencerca fizikal Cik B”

“Sebagai manusia biasa, anda rasa saya masih boleh bersabar lagi ke apabila dicerca, dimaki dan dihina sebegitu rupa?”

Kenyataan Diva AA Melampau! 

Dedah Vida, dia berasa begitu sedih apabila Diva AA membuat kenyataan yang agak melampau mengenai dakwaan kedua-dua anak lelakinya mati dalam keadaan tragis.Tegas usahawan itu, arwah anak-anaknya meninggal dunia dalam keadaan yang sempurna yang mana menurut laporan dipercayai akibat kelemasan asap kebakaran.

“Kehilangan orang tercinta dalam keadaan penuh tragis apa anda akan rasa? Kalau setakat nak joke nak gurau tak pe. Tapi dikaitkan dengan cara kematian anak-anak saya yang dikatakan rentung seolah-olah itu balasan Tuhan atas dunia.

“Saya memang tak nak ingat memori tu, tak nak. Saya tak tengok pun anak saya dikafankan dan last muka arwah saya tak tengok sebab saya tak boleh hadap…tengok muka-muka anak yang dok main elok-elok tapi tiba-tiba dah tak ada,”

Menerusi sidang media yang diadakan, Vida yang turut ditemani anaknya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Roslan Shah mendedahkan kronologi sebenar mengenai kontroversi yang terjadi.

Diva AA mencetuskan kontroversi tersebut kerana tidak berpuas hati dengan jumlah bayaran yang diterima sejurus diundang ke karnival anjuran usahawan itu.

“Azwan datang ke karnival di Shah Alam sebab nak buat kandungan saluran YouTube miliknya dan setuju tanpa kenakan sebarang bayaran.

“Di Johor Bahru, dia datang kerana nak jadi vendor dan saya berikan gerai bernilai RM2,800 serta berkeras nak naik pentas untuk memeriahkan acara.

“Pekerja saya kata, jika tetap naik pentas tiada bayaran diberikan kerana slot sudah penuh dan dia setuju.

“Alih-alih keesokannya saya tengok dia muat naik video memaki dan mencerca saya sambil membakar produk minyak wangi dan selendang pemberian saya,”

Difahamkan pada hari ini, Diva AA akan turut mengadakan sidang media mengenai isu ini di sebuah hotel di Putrajaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.