Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai penganjuran konsert besar besaran Riyadh Musim 2021 yang telah diadakan di Arab Saudi. Dengan tema ‘Imagine More’, Riyadh Musim 2021 merupakan majlis perasmian perayaan muzik, makanan dan hiburan terbesar di negara itu yang dihadiri oleh lebih daripada 750,000 orang.
Konsert Maksiat Besar Besaran
Dalam perkongsian di laman Instagram miliknya, Pu Syed menyatakan bahawa penganjuran konsert maksiat secara besar besaran tersebut sangat menyedihkan umat islam.
Najd atau Riyadh yang semalam kita digemparkan dengan video tersebar bagaimana penganjuran konsert maksiat besar besaran yang sangat menyedihkan umat islam
Tiada Tindakan Dalam Menolak Penganjuran Tersebut
Tambahnya lagi, sebagai ibu kota negara Islam, Riyadh seolah-olah tidak menunjukkan budaya sebenar negara tersebut kerana membiarkan perkara haram dibiarkan berlangsung di negara itu. Baginya tiada ketegasan dalam menolak pesta tersebut daripada diadakan di negara itu.
Mereka Kaya Mereka Lupa
Pu Syed juga turut mempersoalkan adakah kerana disebabkan Riyadh berada di luar tanah haram, maksiat sewenang-wenangnya dianjurkan tanpa ada rasa takut dan gerun kepada Allah.
Baginya, penganjuran seperti ini menunjukkan bahawa penduduk Riyadh lupa setelah mereka menjadi kaya.