Usahawan sensasi, Nur Sajat meluahkan rasa kecewa apabila kisahnya sentiasa menjadi bahan untuk mengaburi kes yang lebih penting di Malaysia.
Menerusi posting yang dimuatnaik di Insta Stories, beliau akui sudah lama perasan dengan hal tersebut yang membuatkan dirinya terus move on.
“Dah kata dah cerita Sajat selalu jadi bahan untuk mengaburi kes-kes lebih penting di Malaysia..
Saya dah lama perasan sebab tu saya move on. Tak larat jadi bahan boneka untuk mereka yang mengambil kesempatan”-Nur Sajat
Kecewa Dengan Isu Korupsi Di Malaysia
Tambahnya lagi, beliau turut rasa kecewa dengan isu korupsi yang sudah semakin teruk di Malaysia dan kasihan dengan rakyat Malaysia yang terpedaya dengan taktik orang-orang politik.
“Satu dunia dah tahu Sajat kat mana!! Issue corruption di negara kita memang dah semakin teruk!!
Kesian dengan rakyat terpedaya orang-orang politik ni!!”-Nur Sajat
“Korang Buat Bangsa Kita Dipandang Low Class”-Nur Sajat
Nur Sajat atau nama penuhnya Nur Sajat Kamaruzzaman memberitahu bahawa orang-orang politik tersebut telah membuatkan bangsa dipandang low class.
“Korang buat bangsa kita dipandang low class..Cukup-cukuplah yang mereka berselindung dari segi fizikal yang nampak baik, tetapi merekalah pemusnah negara.”-Nur Sajat
Dalam pada masa yang sama, beliau meluahkan rasa kasihan dengan generasi baru yang belajar bersungguh-sungguh tetapi tidak mendapat gaji yang setimpal.
“Kesian pada generasi baru..Belajar sampai ke pokok sena!! Hujung-hujung gaji yang mereka dapat tak setimpal dengan pengajian mereka.”-Luah Nur Sajat
Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan Sajat telah ditahan oleh Imigresen Thailand di sebuah kondominium di Thailand. Walaubagaimanapun, usahawan itu telah dibebaskan dan memaklumkan kepada pihak berkuasa di sana bahawa dia merupakan seorang pelarian. Difahamkan, usahawan itu berjaya meloloskan diri ke Thailand menerusi sebuah gerabak kereta api di Padang Besar, Perlis.