Menerusi laporan Harian Metro, seorang wanita telah ditahan polis di pejabatnya di Desa Melawati di Kuala Lumpur selepas dipercayai telah menipu seorang pelanggan.
Didakwa Hari Ini
Malah, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail mengesahkan berhubung penahanan wanita berkenaan yang juga isteri kepada juara program Da’i. Susulan daripada itu wanita tersebut akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada hari ini. Dalam laporan tersebut, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan selepas menipu pelanggannya Oktober tahun lalu.
“Mangsa pernah berurusan dengan wanita berkenaan pada tahun 2017 yang menjanjikan menguruskan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu.
“Mangsa sudah membayar kira-kira RM11,000 kepada wanita terbabit namun sehingga tahun lalu tiada proses dijalankan dan mangsa merasa tertipu,” katanya.
Kaitkan Dengan Isteri Da’i Farhan
Dalam perkembangan lain, netizen turut membuat spekulasi mengaitkan wanita tersebut dengan isteri kepada Da’i Farhan yang dikenali sebagai Dr Erin.
Bagaimanapun tiada komen lanjut dari pihak Da’i Farhan manakala usaha sebuah portal hiburan untuk mendapatkan penjelasan lanjut juga gagal kerana panggilan telefon tersebut telah dimatikan selepas bertanyakan soalan mengenai isterinya.