Pelakon Noorkhiriah pada awal pagi tadi (Khamis) berhadapan dengan detik cemas apabila anak sulungnya Muhammad Hudhaifah, 12, dipercayai hilang selepas tiada di rumah.
Cemas Anak Hilang
Susulan itu, pelakon terkenal ini memuatnaik hantaran gambar anaknya di laman Instagram nya meminta bantuan orang ramai mencari kanak-kanak tersebut. Malah gambar basikal milik Hudhaifah turut dikongsi bagi membantu pencarian.
Berjaya Ditemui
Tidak berapa lama kemudian, pencarian tersebut berakhir dengan khabar gembira apabila anak sulung Noorkhiriah berjaya ditemui di kawasan Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur berdekatan pusat membeli belah One Utama, Damansara, tidak jauh dari rumah mereka.Menerusi hantaran terbaharu Noorkhiriah, dia akui berasa cemas sehingga membuatkan badannya mengigil.
Di kesempatan itu, dia meluahkan rasa syukur serta berterima kasih kepada semua pihak yang membantu pencarian anak sulungnya.
“Mengigil akak. Terima kasih semua anak akak dah jumpa. Alhamdulillah terima kasih semua. Terima kasih” tulis Noorkhiriah
Sebagai info, Noorkhiriah telah berkahwin dengan Azfaizul Ahtan pada November 2006. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, Muhammad Hudhaifah, 12, dan Muhammad Yusoff, 10. Pasangan ini turut mempunyai seorang anak angkat perempuan yang bernama Nur yang kini berusia 2 tahun.