21.8 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Menang Saman! Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Peroleh Tuntutan RM345,305

Sebelum ini, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya mengejutkan industri apabila pasangan selebriti ini telah memfailkan saman terhadap D’Haja (M) Sdn Bhd selaku defendan atas tuntutan ganti rugi lebih dari RM300,000 . Tuntutan itu dibuat selepas pihak D’Haja dikatakan telah melanggar kontrak perjanjian berhubung penjualan produk minyak wangi yang dikeluarkan pasangan selebriti itu pada 30 April lalu.

Menang Saman 

Semalam, Awal dan Scha memanjatkan rasa syukur apabila mahkamah memerintah syarikat D’Haja membayar sebanyak RM345,305 kepada pasangan selebriti itu.

Menurut Awal, kemenangan itu cukup bermakna mereka kerana mahu ianya menjadi satu pengajaran kepada pihak lain supaya menjalankan perniagaan secara jujur.

“Kami buat perkara ini bukan nak untung, tetapi menuntut hak yang sudah kami laburkan.

“Kami lega kerana kemenangan berpihak kepada kami dan nasib terbela. Sebelum ini saya pernah buat banyak perniagaan. Banyak kali juga ditipu apabila ada pihak ambil kesempatan.

“Jadi, pada usia sekarang saya tidak mahu lagi dipijak. Cukup semua ini dan sampai waktu saya perlu bertindak.

“Kepada pengeluar produk dan ahli perniagaan, carilah rezeki dan berniaga dengan berhemah, jujur dan jangan ambil kesempatan atas kelemahan orang lain,”

Jadikan Sebagai Pengalaman 

Tambah Awal, dia juga berpesan pada rakan-rakan artis dan mana-mana pihak supaya memahami isi kandungan dan juga terma perjanjian sebelum menerima sebarang tawaran. Akui serik dan trauma, namun bagi Scha pula dia mahu jadikan pengalaman ini sebagai satu pengajaran dan akan lebih berhati-hati pada masa hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.