Selepas abang dan ibu seorang wanita membuat sumpah laknat selepas mendakwa wanita itu diganggu secara seksual oleh seorang pendakwah terkenal menerusi aplikasi WhatsApp dan panggilan video, terbaharu manga pula turut berbuat demikian.
Mangsa Bersumpah Jadi Mangsa Pendakwah
Menerusi video yang dikongsi semula oleh penyanyi Caprice di laman Instagram dipercayai diambil dari siaran Telegram Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai Hung , mangsa bersumpah bahawa pendakwah tersebut telah menunjukkan kemaluannya malah turut melakukan onani menerusi panggilan video aplikasi Whatsapp.
“Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi , Watallahi..
“Saya..(nama dirahsiakan) bersumpah dengan nama Allah bahawa …(pendakwah) memang menunjukkan kepada saya kemaluannya melalui Whatsapp dan dia beronani ketika video call
“Jika saya berdusta, Ya Allah laknatlah saya jika penafian …(pendakwah) yang mengatakan semua yang berlaku ini adalah fitnah melampau, adalah dusta maka laknat Allah atas …(pendakwah)” lafaz mangsa dalam video tersebut
Dalam pada itu, Caprice turut berkata segalanya berkaitan dengan isu tersebut boleh didapati dalam siaran Telegram Firdaus. Bagaimanapun, menerusi carian terkini Murai.my video lafaz mangsa tidak lagi kelihatan dipercayai telah dipadam.
“Usop: Kenape mangsa tak angkat sumpah? ✅
“Usop: kenape mangsa2 layan? Research on sexual grooming. ✅
“More info and research dekat telegram @firdauswong” tulis Caprice
Mangsa Hampir Bunuh Diri
Terdahulu,ibu mangsa mendakwa anaknya mengalami kemurungan dan hampir membunuh diri akibat gangguan tersebut.
Malah abangnya turut melafazkan sumpah yang sama sebelum ini. Dalam perkembangan berkaitan, Firdaus berkata ibu mangsa memberi kebenaran kepadanya untuk memuat naik video tersebut bagi menggalakkan mangsa tampil membantu siasatan polis.