Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi mencuri perhatian menerusi baju yang dipakainya ketika sidang media harian Covid-19 yang berlangsung semalam (9 Disember 2020).
Baju Illuminati
Jika sebelum ini warna-warna kemeja Ismail dikatakan menyerupai warna kek lapis, terbaru baju yang dipakainya itu mencetuskan pelbagai persepesi warganet yang menonton sidang media tersebut. Tampil dengan kemeja putih yang turut mempunyai corak berbentuk mata,ada segelintir daripada mereka mendakwa kononnya baju Menteri Keselamatan itu seperti konspirasi iluminati.
Rekaan Kenzo
Sebagai info, baju tersebut merupakan rekaan jenama pakaian terkenal, Kenzo. Selain dari lambang binatang, Kenzo turut menggunakan motif ‘mata’ sebagai identiti jenama mereka.
Untuk kemeja yang dipakai oleh Ismail, menerusi carian Murai.my mendapati harga bagi sehelai rekaan itu bernilai £51.67 (RM280.61).