21 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Masih Tinggal Sebumbung! PU Abu Nafi Bakal Bercerai

Menerusi laporan kami sebelum ini, isteri kepada PU Abu, Hana Azraaa memberitahu media bahawa rumahtangga yang dibina bersama kini sedang berantakan malah lebih mengejutkan mereka dikatakan sedang dalam proses memfailkan perceraian.

Masih Tinggal Sebumbung 

Terbaharu, menerusi MHETV pula PU Abu menafikan dakwaan berkenaan sekaligus mencetuskan keraguan kenyataan suami isteri itu yang sebenar. Menurut PU Abu atau nama sebenarnya Abu Sufyan Muhammad Mokhtar Rozaidi mereka masih lagi tinggal sebumbung dan hanya ke Kuala Lumpur selama dua hingga tiga hari atas urusan kerja. Sebelum ini, Hana mendedahkan bahawa mereka tidak lagi tinggal bersama dan sudah membawa haluan masinng-masing.

“Kami masih suami isteri. Kami masih sebumbung dan saya datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja dan anak. Dakwaan Hana itu tidak benar kerana saya baru saja ke sini dua tiga hari”

Nafi Bakal Bercerai 

Jelas pendakwah muda itu lagi, dia turut menolak dakwaan kononnya bahawa mereka kini sedang dalam proses perceraian seperti yang dimaklumkan oleh Hana sebelum ini. Dengan kenyataan tersebut, netizen mula mempersoalkan kesahihan berita tersebut selain mula membanjiri ruangan komennya dengan pelbagai kecaman. Persoalannya disini kenyataan yang manakah benar? PU Abu atapun Hana Azraa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.