Pelawak terkenal, Ali Puteh tampil bersuara selepas masih terdapat netizen yang masih menuduhnya menggunakan harta arwah abangnya, Allahyarham Abam Bocey.
Sudi Jumpa & Borak Dengan Netizen
Menerusi posting di Instagram, Ali memberitahu bahawa dia sudi untuk berjumpa dan berborak dengan netizen yang masih melemparkan tuduhan padanya.
“Ada netizen yang masih komen benci, meluat, tamakl harta, hidup senang dengan harta arwah abam.
Jawapan saya boleh bagi adalah..Setting tempat bagitau kat mana saya datang jumpa..Baru sedap kopi-kopi.”-Ali Puteh
Tidak Berniat Untuk Riak & Mahu Bergaduh
Tambahnya lagi, Ali menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai niat riak dan mahu bergaduh malah dia hanya mahu berjumpa dengan berborak dengan netizen sahaja.
Bukan niat nak riak takabur. Bukan nak bergaduh atau sebagainya. Cuma nak jumpa dan berborak. Jangan komen-komen tak sedap. Dah banyak kali ke balai jumpa netizen pasal kes ni.”-Ali Puteh
Terdahulu, industri hiburan pernah dikejutkan dengan berita kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan yang telah meninggal dunia akibat demam panas pada 9 Februari 2020 di kediamannya di Gombak.