Pelakon, Rita Rudaini mempersoalkan situasi mangsa banjir mengenai kewajipan mereka untuk mengimbas MySejahtera sebelum memasuki masjid sebagai tempat perlindungan.
Persoal Vaksinasi Mangsa Banjir
Menerusi Insta Stories, Rita turut tertanya mengenai mereka(mangsa banjir) akan disoal mengenai status vaksin sebelum memasuki tempat perlindungan berkenaan.
“Masa ni kena scan My Sejahtera jugak tak? Kena soal ada vaksin ke taknak vaksin masuk masjid? Tanye jerrr.”-Soal Rita
Dalam hantaran yang sama. Rita menyifatkan Tuhan telah memberi pelbagai kesenangan di dunia namun terdapat pihak seolah-olah menyukarkan kehidupan orang lain yang enggan menurut perintah mereka.
“TUHAN bagi pinjam bumi DIA, permudahkan apa yang patut..Tapi hangpa buat macam dunia ni hangpa yang punya..Sampai nak susahkan hidup orang yang taknak menurut kata hangpa”- katanya
Seluruh Masjid Di Wilayah Persekutuan Sedia Menjadi Pusat Penempatan Sementara Mangsa Banjir
Dalam perkembangan lain, dalam laporan media Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Tuan Haji Idris Bin Haji Ahmad telah mengarahkan JAKIM dan Jawi untuk menyelaraskan masjid-masjid di Wilayah Persekutuan untuk menjadi penempatan sementara mangsa-mangsa banjir.
“Saya telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-JAKIM dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan-JAWI untuk menyelaraskan masjid-masjid di Wilayah Persekutuan termasuk Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menjadi penempatan sementara mangsa-mangsa banjir.”- jelas Idris