Begitu tajam mata netizen ya! Ketika umat Islam sedang menyambut hari raya dan berkongsi gambar keluarga di media sosial, netizen tetap mencari isu untuk dikecam. Terbaru, perunding kesihatan terkenal, Kevin Zahri menerima kecaman netizen apabila berkongsi beberapa keping foto termasuk menyaksikan dirinya mencium anak lelakinya di bahagian bibir pada hari raya Aidilfitri.
Foto yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya menyebabkan ramai netizen berdebat. Ada yang menegur Kevin kerana tidak bersesuaian dengan norma dan masyarakat Islam negara ini, malah ada yang pertahankannya.
Salah seorang pengikutnya meninggalkan komen berkata, Kevin tidaklah mencium mulut tetapi hanya memberi kucupan mesra pada atas bibir.
“Adoi, kata mata tajam sangat. Tengok la betul². Mana ada dia cium bibir ke bibir. Kan atas bibir tu. Bawah hidung. Anatomi badan pun tak kenal ke? Yang dilarang cium bibir bertemu bibir. Tu bibir Kevin ada sentuh bibir anak dia ke? Makcik² mak² menakan pun kalau cium pipi pun memang akan lajak ke bahagian bawah hidung/atas bibir tu. What’s wrong with you people.”- tulis salah seorang netizen yang meninggalkan komen.
Tambahnya lagi, netizen memang gemar menyebarkan fitnah sedangkan Kevin tidak menyentuh bibir anak lelakinya.
“Betul lah, anatomi manusia, bibir dengan kulit muka pun tak tau beza. Netizen yang semai fitnah, benda tak ada diada-adakan. Dah memang dia tak cium bibir anak dia, tak salah pun nak post gambar.”- tambahnya lagi
Sehingga artikel ini ditulis, Kevin yang dikenali dengan jenama Cikgu Fitness Malaysia tidak memberi sebarang reaksi dengan komen netizen. Walaubagaimanapun, ramai yang memuji gambar bahagia Kevin menyambut lebaran bersama keluarganya termasuk anak lelakinya, Rafael Zahri.