27.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Mahu Generasi Muda Terajui Negara, Asyraf Khalid Jelas Sebab Enggan Ambil Pekerja Dikalangan Warga Emas

Usahawan dan suami kepada Tya Ariffin, Asyraf Khalid tampil bersuara menjelaskan dia tidak akan mengambil pekerja yang dikategorikan sebagai warga emas, sekitar usia 60 tahun dan ke atas.

Jelas Alasan Tak Akan Ambil Pekerja Usia 60 Ke Atas

Menurut Asyraf, dia menjelaskan bahawa sebagai ahli perniagaan dia merasakan bahawa jurang umur yang terlalu jauh dan pelbagai kekangan lain antara faktor mengapa dia enggan mengambil pekerja yang berusia 60 tahun dan ke atas.

“Sebagai pemilik perniagaan, saya tidak akan mengupah seseorang yang berusia 60 tahun ke atas, kerana pada saya, jurang generasi terlalu jauh dan sukar untuk membuat mereka memahami cara sewaktu melakukan sesuatu perkara.”-Jelas Asyraf

Malaysia Dikendalikan Individu Usia 70 Ke Atas Digambarkan Sebagai Menakutkan

Tambahnya lagi, dia memikirkan Malaysia dikendalikan oleh mereka yang sudah berusia 70 tahun ke sebagai satu perkara yang menakutkan.

“Memikirkan bahawa Malaysia dikendalikan oleh individu yang kebanyakannya berumur 70 tahunn dan ke atas adalah menakutkan”-kongsi nya lagi

Mahu Generasi Muda Bangkit Terajui Negara

Anak tiri kepada penyanyi popular, Dato Sri Siti Nurhaliza ini turut menggesa generasi muda untuk bangkit terajui negara namun dalam masa yang sama berpendapat mereka juga akan melakukan kesilapan. Bagaimanapun, golongan ini boleh belajar daripada kesilapan tersebut.

“Saya rasa orang muda patut bangkit. Biarkan generasi baru Malaysia menerajui negara. Kita mempunyai begitu ramai pemikiran anak muda yang cemerlang di Malaysia.

Kita perlu tabik dan berterima kasih kepada orang yang berkhidmat kepada kita sebelum ini, tetapi saya fikir sudah tiba masanya generasi baru memimpin.”- jelasnya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.