23.9 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Maafkan Sarah” – Siti Sarah Bertemu Orang Asli, Mohon Maaf Secara Terbuka

Penyanyi popular Siti Sarah Raisuddin menerusi hantaran Instagram nya memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai khususnya masyarakat Orang Asli.

Bertemu Wakil Orang Asli 

Bukan sahaja merupakan permohonan maaf kedua Sarah selepas menghantar sebuah kenyataan rasmi kepada pihak media, malah pelantun Manis ini juga secara rendah diri mengambil keputusan untuk bertemu dengan wakil masyarakat Orang Asli di Batu 12 Gombak untuk memohon maaf. Terdahulu, isteri kepada pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu ini teruk dikecam selepas Sarah secara tidak sengaja telah berseloroh mengenai suku kaum tersebut baru-baru ini.

“Saya Siti Sarah dengan rendah hati, menyusun 10 jari memohon maaf kepada masyarakat Malaysia terutama kepada 18 suku kaum orang asli atas kekhilafan diri saya yang menguris hati masyarakat orang asli. Sesungguhnya tidak lintas dan terniat untuk saya melukakan hati orang asli. Sebagai manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan sarah juga sama,” katanya.

Harap Jadi Pengajaran 

Menurut Sarah, dia sama sekali tidak terlintas untuk melukakan hati mana-mana pihak dan berasa kesal dengan apa yang terjadi. Jelas Sarah, insiden ini bukan sahaja memberi pengajaran buat dirinya malah buat masyarakat di luar sana juga.

“Sarah kesal dan menyesal atas apa yang berlaku. Dan apa yang terjadi ini akan menjadi satu pengajaran bukan sahaja untuk sarah tapi juga kepada masyarakat diluar sana.

Sekali lagi saya memohon maaf secara terbuka kepada semua masyarakat komuniti orang asli atas apa yang terjadi”

Rata-rata pengikut dan kenalan selebriti memuji tindakan Sarah yang sanggup berbuat demikian meskipun perkara itu sama sekali tidak disengajakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.