Sejak awal minggu lalu, kemelut rumahtangga Lufya Omar dan suami, Dr Che Muhammad Hafiz menjadi tumpuan apabila pasangan suami isteri ini dikatakan sudah berpisah selepas Hafiz melafazkan cerai ke atas Lufya menerusi aplikasi WhatsApp.
Lufya Nafi Terima Lafaz Cerai
Namun begitu, Lufya mendedahkan sesuatu yang mengejutkan apabila dia menafikan terima lafaz cerai itu seperti yang didakwa suaminya sebelum ini. Jelas Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar dia tidak tahu menahu mengenai tindakan suaminya itu, malah akui agak bingung dengan perihal tersebut.
“Jika dia mengambil saya dengan cara baik, maka pulangkan dengan cara yang sama. Jangan cakap dia sudah melafazkan cerai menerusi WhatsApp
Saya langsung tak terima lafaz cerai seperti didakwanya dilakukan terhadap saya menerusi WhatsApp.
Kalau dia ada memfailkan perceraian, saya pasti ada menerima dokumen berkaitan,”
Akur Dengan Perpisahan
Biarpun tidak menerima lafaz cerai seperti yang didedahkan suaminya, bagi Lufya dia akur sekiranya perpisahan itu adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka. Tambah Lufya lagi, suaminya perlu menjadi lelaki yang bertanggungjawab dan hormatilah cara sepatutnya bagi melepaskan wanita yang dia telah kahwini.
Lufya telah berkahwin dengan Hafiz pada 26 November 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura, yang kini berusia dua tahun.