32.2 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Lufya Cedera Selepas Bergelut Dengan Lelaki Cuba Culik Anak, Barisan Selebriti Titip Doa Agar Pelaku Ditangkap!

Pelakon dan penyanyi jelita, Lufya Omar berkongsi detik cemas yang dialami beberapa hari lalu apabila terdapat seorang lndividu yang melakukan cubaan untuk menculik anak perempuannya, Laana Haura.

Diserang Seorang Lelaki

Menurut Lufya, seorang lelaki telah datang menyerang dengan memukulnya di kepala dan badan hingga menyebabkan kecederaan dengan menggunakan batang kayu ketika dia dan anak sedang berada di sebuah taman permainan di Kota Damansara.

“2 hari lepas Fya diserang oleh seorang lelaki yang nak cuba menculik anak perempuan saya. Masa tu kami berada di playground Kota Damansara pada lebih kurang jam 4 petang- 5 petang .

“Seorang lelaki bersifat dayus telah memukul Fya menggunakan batang kayu ke kepala, badan serta menyebabkan kecederaan pada wajah dan badan saya.”-Kongsi Lufya

via Instagram Lufya Omar

Titip rasa syukur  dapat menyelamatkan anak perempuannya, Lufya menyatakan semua orang harus sentiasa peka kerana manusia kini sanggup melakukan perkara-perkara yang keji dan semakin hilang sifat kemanusiaan.

“Alhamdulillah anak selamat dan Fya pun selamat. Alhamdulillah moral of the story  is we must stay alert. Kita tak tahu orang zaman sekarang ni sanggup buat perkara-perkara yang keji. Manusia makin tiada kemanusiaan. Doakan kesembuhan dan keselematan kami ya.”-Katanya lagi.

Rakan Selebriti & Peminat Beri Semangat

via Instagram Lufya Omar

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti seperti Fasha Sandha, Puteri Sarah Liyana, Heliza Helmi, Uyaina Arshad, dan ramai lagi meluahkan rasa terkejut terhadap insiden yang berlaku, malah turut berdoa agar Lufya diberikan kesembuhan dengan cepat.

“Allahuakbar! Strong mummy. GWS dear.”-Fasha Sandha

“Allahuakbar.”-Puteri Sarah

“Innalillah. Ya Allah mu! Moga Allah terus pelihara muu sekeluarga aaminn.”

“Ya Allahuakbar! Ya Tuhanku. Nasib baik Kakak dan Haura selamat. Astaghfirullahalazim apa nak jadi dunia ni..Takut!! Semoga Kakak Fya cepat sembuh & recover dari trauma ni.”-Uyaina Arshad

via Instagram Lufya Omar
via Instagram Lufya Omar

Kami di Murai My turut mendoakan agar Lufya diberikan kesembuhan dengan cepat dan semoga pelaku dapat ditangkap seterusnya mendapat hukuman yang setimpal. Sama-samalah kita sentiasa peka dengan keadaan sekeliling kerana kita tidak tahu jika ada bahaya yang sedang menanti…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.