Isu pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Siti Elizad yang mengalami kesedihan serta trauma akibat dimaki dan difitnah seorang netizen turut mendapat perhatian rakan-rakan selebriti yang lain.
Hefny Mahu Elizad Teruskan Tindakan Undang-Undang
Menitipkan kata-kata semangat,rakan sejawatnya Hefny Sahad berharap agar Elizad dapat meneruskan tindakan undang-undang terhadap netizen tersebut disebabkan tuduhannya yang disifatkan melampau.
Menurut Hefny atau nama sebenarnya Mohamed Hefny Sahad, 33 dia menyelar mana-mana pihak mahupun individu yang terlibat dalam kegiatan buli siber. Jelas Hefny, perbuatan seumpama itu mampu membuatkan seseorang itu berada dalam keadaan tertekan sekaligus menjurus ke arah kes bunuh diri.
“Cyberbully ini bukan benda remeh. Aku pernah temubual sendiri mangsa depresi yang pernah cuba bunuh diri!”
“Antara punca sebab cyberbully ni lah! Itu yang cubaan, dekat luar negara ada yang mati depresi akibat cyberbully!” tegas Hefny di Insta story nya
Hefny Titip Pesanan
Dalam pada itu, Hefny turut memberi peringatan buat semua pihak termasuk dirinya sendiri agar lebih berhati-hati dalam memberi komen terhadap seseorang. Malah dia juga berharap agar lebih banyak kempen anti siber buli diadakan dalam negara.
Terdahulu, Elizad nekad untuk membuat laporan polis terhadap seorang berikutan menggelarkannya sebagai mandul serta turut memfitnahnya tidak menunaikan solat.Difahamkan, Elizah turut melantik peguam bagi membawa kes ini ke muka pengadilan.