Tindakan usahawan selebriti sensasi menyusukan anak di hadapan khalayak ramai mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah penyanyi terkenal Liza Hanim yang tampil memberikan teguran.
Jaga Adab Sebagai Individu Beragama Islam
Menerusi hantaran di Instagram, Liza menitipkan pesanan bahawa sebagai seorang ibu yang turut menyusukan anak sepenuhnya, dia menyokong tindakan usahawan itu namun menegaskan dia harus menjaga adab sebagai indidividu beragama Islam.
“Saya terpanggil untuk menyuara pendapat. Baru baru ni ternampak gambar seorang usahawan menyusukan anak di khalayak ramai dan ambil gambar.
Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak saya sepenuhnya, saya menyokong usahawan ini dalam breastfeeding journeynya.
Namun sebagai seorang saudara di dalam Islam saya memohon tolonglah menjaga adab ketika menyusu di tempat awam.”- pesan Liza
Tambah Liza teguran tersebut diberi bukan kerana dirinya yang berhijab dan usahawan itu sebaliknya namun kehormatan sebagai wanita dan seorang ibu harus dijaga.
“Tetapi kita harus menjaga adab. Aurat harus dijaga. Ini bukan masalah saya berhijab dan beliau free hair. Either way, jaga kehormatan kita sebagai wanita dan ibu.
Jaga kehormatakan kita sebagai wanita. Jaga agama kita Islam. InsyaAllah berkat usaha kita. Murah rezeki kita.”- katanya lagi
Netizen Setuju
Ruangan komen hantaran milik penyanyi itu turut dipenuhi dengan komen netizen yang bersetuju dengan teguran yang diberikan oleh Liza malah ada yang turut mendoakan agar usahawan itu diberikan hidayah.