Baru-baru ini, Lisa Surihani meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir netizen yang terus menghentam rakan baik Lisa iaitu pelakon serta penyanyi Liyana Jasmay kerana pernampilan muslimah yang didakwa sebagai hipokrit.
Lisa berkata nasihat yang diberikan netizen dilihat sebagai satu sindiran kepada Liyana. Lisa juga meninggalkan komen di ruangan Instagram milik Liyana yang berbunyi;
“Kita terlalu merisaukan dosa orang lain dari dosa kita sendiri. Bila kita nampak orang lain buat benda yang mungkin kita kurang setuju, patut kita ambil sebagai iktibar. Doakan yang baik-baik untuk orang lain. Walau atas dasar menasihati sesama orang Islam yang lebih baik nampak di sini hanya sindiran dan perli memerli,” tulis Lisa.
Beberapa hari lalu, Liyana menimbulkan persoalan netizen apabila memuatnaik satu video hanya mengenakan topi sambil cuba menyorokkan rambutnya.
Liyana bagaimanapun sekali lagi memuatnaik sebuah video di Instagram memaparkan dia sekadar mengenakan selendang sehingga menampakkan sebahagian kecil rambut hadapannya semasa menghadiri sebuh pertunjukkan fesyen pada Khamis. Ekoran itu, netizen mula melabel Liyana sebagai hipokrit dalam menutup aurat.
murai.my berharap agar Liyana terus kuat dan tabah dengan kecaman yang diterima. Siapa kita untuk menghukum sesama manusia?