Sebelum ini, peminat sudah mengetahui bahawa dua selebriti ini, Datin Paduka Eina Azman dan Datin Rebecca Nur Islam masih lagi mempunyai hubungan yang ‘tegang’ akibat perselisihan faham yang terjadi diantara mereka sejak awal tahun lalu.
Uqasha Dakwa Dituduh Cuba Goda Suami Rebecca
Terbaru,sesuatu yang mengejutkan telah didedahkan oleh Rebecca menerusi Insta-story nya. Dalam sebuah posting, kelihatan suntingan perbualan di aplikasi Whatsapp antara adik angkat Rebecca yang juga pelakon popular, Uqasha Senrose yang bertanyakan padanya mengenai adakah benar dia telah dituduh cuba menggoda suami Rebecca, Datuk Nor Azam ketika menginap di rumah mereka seperti yang didakwa oleh Eina.
Terkejut Difitnah
Terkejut dengan dakwaan tersebut, Rebecca bersumpah bahawa tuduhan tersebut merupakan fitnah semata-mata yang cuba mengeruhkan hubungan antara dia dan Uqasha. Jelas Rebecca, dia tidak menolak fitnah yang dilemparkan atasnya itu antara punca mengapa Uqasha sebelum ini seperti agak ‘jauh’ dengannya. Sedih dan kecewa dengan tuduhan tersebut, Rebecca menegaskan bahawa dia merupakan seorang yang sukakan kedamaian dan tidak suka bermusuhan dengan mana-mana pihak.
Tambah pelakon berusia 33 tahun itu, dia pelik mengapa Eina sering kali memfitnah dirinya sedangkan dia tidak langsung mencampuri mana-mana urusannya. Dalam posting nya yang terakhir, Rebecca berdoa agar dia diberikan kekuatan menghadapi segala ujian ini selain mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan buatnya selama ini.
Eina Azman Sedih Difitnah
Dalam perkembangan lain, menerjah ke laman Insta-story Eina pelakon ini turut memuatnaik beberapa posting berkenaan fitnah seolah-olah ditujukan buat Rebecca.
Apa pun, diharap kedua-dua selebriti ini akan berdamai suatu hari nanti dan sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka.