Nama pengasas akaun twitter Englishjer, Abd Qayyum Jumadi menjadi sebutan di media sosial. Ia bukan kerana pembelajaran dan maklumat tentang bahasa Inggeris tetapi mengenai tuduhan melakukan pencabulan seksual.
Sebuah akaun twitter dengan nama @uu1iu, telah mendedahkan beberapa perkongsian cerita dari lebih 10 orang wanita yang menjadi mangsa. Rata-rata mereka berkongsi nasib yang sama di mana pernah menjadi mangsa cabul Qayyum sejak beberapa tahun yang lalu.
Salah seorang mangsa berusia 21 tahun mendedahkan, Qayyum juga pernah merakam aksi seks yang dilakukan bersama tanpa meminta izin.
Selain itu, terdapat juga pengakuan dari seorang wanita yang mendakwa, Qayyum melakukan pencabulan seks di tempat kerja. Berbagai-bagai kisah yang memalukan telah diceritakan oleh kesemua mangsa di platform tersebut.
Anon #6. 2013. This behavior has been going on since at least 7 years ago. I want yall to remember that he called all this “boring”, while real women have suffered bc of his mistreatment. Remember it. pic.twitter.com/Y3u0LmB30Q
— 💫 uwuliu 💫 *TRIGGERING CONTENT WARNING* (@uu1iu) June 16, 2020
Anon #14: Sexual misconduct, RECORDING SEX ACTS WITHOUT CONSENT pic.twitter.com/7OfodBwXre
— 💫 uwuliu 💫 *TRIGGERING CONTENT WARNING* (@uu1iu) June 17, 2020
Abd Qayyum Mohon Maaf Secara Terbuka
Dalam pada itu, di laman twitternya, Qayyum memohon maaf maaf secara terbuka kesilapannya pada masa lampau. Menurutnya, dia sedang menjadi seseorang yang lebih baik dan cuba membetulkan apa yang kesalahan yang dibuat terhadap irang yang disakiti.
Sehingga artikel ini ditulis, tiada lagi berita mengenai laporan polis dibuat oleh mangsa. Namun rata-rata netizen sangat terkejut dengan sikap Qayyum dan mahu tindakan undang-undang diambil jika dia ternyata bersalah.
Kenyataan Rasmi Darti Englishjer
Terbaru, Ketua Projek Englishjer telah mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi, di mana mereka telah mengambil keputusan untuk menutup akaun sosial media dan laman sesawang rasmi dalam masa 3 hari.
Englishjer ialah sebuah inisiatif media sosial oleh belia yang cuba untuk merapatkan jurang pendidikan di Malaysia dengan menjadikan proses pembelajaran Bahasa Inggeris lebih santai dan mudah.
Qayyum merupakan graduan jurusan Undang-Undang dari Universiti Malaya (UM) pada tahun 2014. Dia pernah dianugerahkan penghargaan Augustman’s Man of the Year pada tahun 2016 kerana kerjanya dalam bidang pendidikan. Kebanyakan pengikutnya bukan sahaja terdiri daripada remaja dan pelajar sekolah, malah golongan professional termasuk selebriti turut sama berinteraksi dalam setiap perbincangan yang diutarakan.