30.4 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

“Lawan Tetap Lawan” – Puteri Sarah Komen Kes Saman Ira Kazar

Kemelut rumah tangga melibatkan pelakon, Puteri Sarah dan pengarah serta pelakon terkenal Syamsul Yusof masih lagi menjadi bualan ramai yang masih menantikan perkembangan aduannya di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah terhadap seorang wanita yang dikatakan telah menganggu rumah tangganya iaitu Ira Kazar.

Tidak Akan Berdiam Diri

Menerusi Insta Stories, Puteri Sarah yang dilihat memuat naik tangkap layar keratan artikel mengenainya dari sebuah portal berita, menyatakan bahawa dia tidak akan berdiam diri selagi yang bersalah belum ditangkap.

“Lawan tetap lawan. Takkan diam selagi yang bersalah tak ditangkap. Diam bukan bermakna case closed. Case masih berjalan, cuma ambil masa. Takpe, sikit lagi.”-Tulis Puteri Sarah

Sudah Terima Tarikh Perbicaraan Oleh Mahkamah Sivil

Akui kes mahkamah sememangnya mengambil masa yang lama. Puteri Sarah mengatakan bahawa tarikh perbicaraan oleh Mahkamah Sivil akan berlangsung pada tahun 2023.

“Tidak akan diam dan takkan diam selagi yang sepatutnya tidak diambil tindakan. Slowly but surely. Court case memang ambil masa yang SANGAT LAMA. Mahkamah Sivil dah dapat tarikh bicara tapi tahun depan.

“Syariah court, soon, and I’m fighting for it. Case closed? Hell no! Never!.”-Tegas Puteri Sarah

Terdahulu, nama Puteri Sarah Liyana menjadi perhatian selepas mendedahkan identiti wanita yang didakwa menjadi ‘penghancur’ sehingga menyebabkan rumah tangganya bersama Syamsul Yusof bergolak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.