Pelakon berbakat tanah air, Lana Nordin baru-baru ini memuatnaik video insiden di laman Instagram nya mengenai yang berlaku di dalam sebuah penerbangan antarabangsa.
Tiada Diskriminasi Pada Penumpang Tak Divaksin
Video yang dikongsikan Lana itu, menunjukan seorang penumpang wanita nekad tidak mahu duduk ditempat duduknya kerana mendapati penumpang di sebelah tidak divaksin.
Melihat situasi yang semakin tegang, pramugari cuba menenangkan penumpang dengan memberi jawapan yang rasional namun penumpang wanita tersebut dilihat semakin beremosi sehingga seorang juruterbang tampil meredakan keadaan.
“Puan.. Saya tahu bagaimana mencabarnya perjalanan udara kebelakangan ini..
Tapi, dalam kapal terbang saya takkan ada diskriminasi.
Vaksin atau tidak divaksin, kita patut hormat antara satu sama yang lain” Ujar juruterbang tersebut
Penjelasan dari juruterbang itu mendapat tepukan gemuruh dari para penumpang, dan sikap tersebut dipuji kerana krew peneberbangan tersebut tidak mendiskriminasi terhadap mana-mana penumpang yang belum divaksin.
Mahu Rakyat Malaysia Hentikan Diskriminasi
Dengan perkongsian video tersebut, pelakon ini berharap rakyat Malaysia tidak lagi bersikap mendiskriminasi sesama sendiri dan sebaliknya menghormati antara satu sama yang lain. Dalam pada itu, Lana juga menasihati agar orang ramai tidak mudah percaya akan berita palsu yang tersebar mengenai vaksin.
“Mungkin ramai yang tidak tahu, sampai lah kita sendiri sudah berada di luar negara. Yang kebanyakan airlines dan kebanyakan negara lain tidak diskriminasi tentang vaksin ni.
“Jangan mudah percaya berita-berita palsu atau berita mulut ke mulut kerana itulah mulanya FEAR MONGERING, ambil dan tidak ambil itu adalah hak masing-masing… Jadi tolong hormat keputusan antara satu sama lain dan berhenti diskriminasi sesama kita.” Luahnya
Pernah Hadap Situasi Yang Sama Ketika Jadi Pramugari
Dalam perkongsian tersebut, pelakon jelita ini juga mendedahkan pernah berhadapan dengan situasi yang sama dihadapi pramugari tersebut.
“Nota kaki: Dulu masa akak jadi pramugari, ada juga jumpa orang degil macam ni. Akak dulu lain dik, boleh sabar macam pramugari tu cakap elok-elok.
Sekarang sejak berlakon jadi watak jahat ni, asyik jerit-jerit je dah tak boleh cakap macam pramugari tu. Akhirnya kapten akak, escort dia keluar kapal juga.” Kongsi Lana
Video yang dikongsikan Lana cukup menarik dan ada betulnya, kita semua harus belajar menghormati antara satu sama yang lain. Cukup-cukuplah itu.