Susulan daripada kes pelawak terkenal, Lan Pet Pet yang ditahan polis selepas didakwa telah mencederakan seorang pengawal keselamatan berusia 70 tahun baru-baru ini, Mahkamah Majistret Seremban semalam telah mendenda Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad sebanyak RM2,000
Kes Sudah Selesai
Terdahulu, Lan yang ditahan pada 7 April lalu telah dibebaskan dengan jaminan polis. Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, hukuman itu telah dijatuhkan kepada Lan sejurus selepas pelawak itu mengaku akan kesalahannya yang menumbuk serta membaling batu ke arah pengawal keselamatan warga emas itu sehingga mendatangkan kecederaan. Malah pihak polis turut menyifatkan kes ini telah pun selesai .
Terus Dikecam
Dalam perkembangan lain, menerusi laporan sebuah portal akhbar tempatan memberitahu Lan mahu berjumpa dengan pengawal keselamatan itu dan memohon maaf. Tambahnya lagi, dia akui ketika itu dia hilang pertimbangan sehingga bertindak diluar batasan.
Sedia menerima segala kutukan, Lan berjanji perkara seumpama itu tidak akan berulang lagi kelak. Menerusi carian kami di laman Instagram nya, rata-rata netizen terus memberi kecaman dan sehingga kini posting terbaharu pelawak itu mencecah lebih dari 5 ribu komen. Apa pun, diharap Lan akan mempelajari kesilapan yang lalu dan akan terus sukses dengan karier nya kelak.