32.2 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Lama Berdiam Diri , Iqbal Zulkefli Beri Ruang Untuk Orang Lain?

Penyanyi dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tampil bersuara setelah mendiamkan diri seketika dari media sosial. Perkara itu telah menimbulkan persoalan segelintir netizen terhadap keadaan terkini Iqbal.

“Nape lama sangat diam kat media sosial? Bosan jugak takde citer pasal iqbal.”- soal netizen di Instagram.

Mahu Selesaikan Beberapa Hal Penting

Iqbal kemudian menjawab soalan berkenaan dengan menjelaskan bahawa dia berdiam diri sebentar untuk menyelesaikan beberapa hal penting seperti hal rumah, bisnes, dan anak.

“Saya diamkan diri sebentar saja untuk selesaikan hal rumah , hal bisnes, dan hal anak. Selepas ini, saya akan aktif semula,” katanya.

Beri Ruang Orang Lain Tular Di Media Sosial

Dalam pada itu, Iqbal turut mengatakan bahawa dia mahu memberi ruang kepada orang lain untuk tular di media sosial dan berasa kasihan kepada pihak media yang berterusan menulis cerita mengenai dirinya sahaja.

“Sementara itu, saya beri ruang orang lain pula viral. Kasihan media asyik tulis cerita saya saja.

“Tak dapat bayangkan media asyik tulis cerita sahaja. Tak dapat bayangkan macam mana perasaan mereka mahu hadap muka saya sahaja setiap masa. Dah siap ni rumah ni saya ingat nak buat makan-makan santai sedikit.”-Tulisnya.

Mungkin terlalu ramai yang menantikan Iqbal untuk kembali menjadi perhatian di media sosial. Sabar lah ya..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.