22.9 C
Malaysia
Sunday, September 1, 2024

Latest Posts

“Lain Kali Bawak Otak..”- Caprice Komen Isu Pelajar Lelaki Berang Rakan Sejenis Enggan Lakukan Amang Seksual

Rapper dan usahawan, Caprice tampil bersuara tentang berita seorang pelajar lelaki tingkatan satu yang sanggup mencederakan rakan  berusia 11 tahun hanya kerana kemahuannya melakukan amang seksual tidak dituruti.

“Cap Faham Rakyat Kita Hari Ini Tertekan…”

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Caprice mempersoalkan tindakan pelajar sekolah menengah itu yang sanggup mengugut rakannya dengan pisau hingga menyebabkan ia menjadi satu kes jenayah.

“Wahai anak muda kita, Cap faham rakyat kita hari ini tertekan dengan kos hidup. Ramai tengah stress. Tetapi kenapa kau pergi paksa lelaki untuk hisap ‘lollipop. Dia tak nak hisap lollipop, kau pergi keluarkan pisau, dah jadi kes jenayah.”- Kata Caprice.

Netizen Luah Rasa Bimbang

Tinjauan Murai MY di ruangan komen hantaran Caprice itu mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang dengan isu yang sedang berlaku malah ada yang berpendapat ia satu kejadian di akhir zaman.

“Allahu..Macam-macam la hal akhir-akhir ni.”

“Akhir zaman kaum Nabi Luth.”

“Allahu stress.”

“Kenapa la makin lama makin ramai bangang wujud di Malaysia.”

Memetik laporan Utusan Malaysia, suspek kini telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawak Seksyen 14 Akta Kesalahan  Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 serta 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Selain itu, mangsa juga dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan menerima rawatan lanjut.

+1
0

+1
0

+1
0

+1
0

+1
0

+1
0

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.