21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Lagi Pendakwah ‘Buat Hal’! Isteri Temui Video Berahi Suami Dengan Wanita Lain

Bermula dari awal tahun sehingga ke hari ini, pelbagai kisah kontroversi melibatkan beberapa pendakwah selebriti hangat diperkatakan.Rata-ratanya melibatkan pendakwah yang ‘lahir’ dari beberapa buah program realiti.

Sikap Da’i H Didedahkan Isteri 

Baru sahaja reda dengan isu Da’i Farhan, terbaru sesuatu yang agak mengejutkan apabila seorang lagi pendakwah dari program yang sama dikenali sebagai Da’i H didakwa telah berlaku curang. Isu tersebut telah didedahkan oleh portal MStar Online apabila isteri kepada pendakwah muda itu sendiri tampil membuat pengakuan tersebut.

Buat Panggilan Tidak Senonoh Dengan Wanita Lain 

Menurut wanita itu,dia terpaksa mendedahkan sikap suaminya kerana sudah tidak mampu menanggung penderitaan sehingga mengalami tekanan emosi kerana sikap suaminya yang sudah beberapa kali berlaku curang sepanjang empat tahun perkahwinan mereka. Lebih memilukan baginya, Da’i H tersebut sanggup melakukan panggilan tidak senonoh dengan wanita lain setelah perbuatannya dibongkar oleh isterinya yang menemui rakaman video tersebut di dalam telefon bimbit milik pendakwah itu.

“Bukan niat saya untuk membuka aib suami kepada khalayak, namun saya tak mahu mereka terpedaya dengan penampilan golongam sebegini.

“Bayangkan suami saya sanggup melakukan panggilan tidak senonoh dengan wanita lain. Semuanya terbongkar selepas saya menemui rakaman video tersebut yang disimpan dalam telefon bimbitnya,” katanya seperti dilporkan portal tersebut.

Simpan Gambar Berahi Bekas Kekasih 

Selain itu, wanita tersebut turut menemui gambar berahi bekas kekasih suaminya yang dikirim menerusi laman Instagram selain sering menghantar mesej kepada beberapa orang gadis secara rawak dengan niat untuk bersembang perkara yang tidak senonoh.

“Ini bukan kali pertama, sebelum ini dia pernah bertukar gambar berahi dengan bekas teman wanitanya di Instagram. Namun saya maafkannya dengan harapan dia akan berubah.Sepatutnya dia gunakan gelaran yang dipikulnya untuk berdakwah dan menegakkan agama, tapi lain pula jadinya. Dia menggunakan pengaruhnya di laman sosial untuk berkenalan dengan beberapa gadis muda.

“Malah saya diberitahu oleh beberapa mangsanya yang dia sering memulakan perbualan mesra malah cuba untuk membuat panggilan video,”

Dalam perkembangan lain, Da’i tersebut ketika dihubungi portal berkenaan telah meminta untuk tidak memanjangkan isu berkenaan dan enggan mengulas lanjut tentang dakwaan tersebut. Menerusi carian terkini Murai.my, pendakwah yang dimaksudkan telah menukar nama Instagram ke nama yang lain selepas isu tersebut hangat diperkatakan di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.