Pelakon Ashraf Muslim meluahkan rasa kecewa terhadap sebuah syarikat perjudian selepas tular di media sosial mengenai lagu raya yang mempromosikan kegiatan haram itu.
Ashraf Kecewa
Menerusi laman Instagram nya, Ashraf berkata mereka yang terlibat seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan apatah lagi ada diantara pelakon-pelakon video tersebut beragama Islam. Menurut pelakon ini lagi, video tersebut secara terang-terangan menyalahi agama dan akidah.
“Allahuakbar! Makin menjadi-jadi manusia sekarang. Secara terang-terangan mengajak orang ramai buat dosa. Bulan Ramadan, bulan yang baik, bulan yang penuh rahmat Allah. Tapi video yang korang tengok ini telah merosakkan bulan yang suci ini”
“KURANG AJAR lah siapa yang terlibat dalam pembikinan video ni. Takkan tak tahu video ini pasal apa? Judi laa!
JUDI ITU HARAMM!! Mana iman? Mana akidah? Ini negara Islam jangan buat onar macam ni! Aku tak tahulah, yg berlakon dalam video ni sedar ke tak sedar apa yang dinyanyikan tu. Memang tak fikir panjang bila buat semua ni. Pastu berani pula nak promosi macam ini”“Kalau lah korang ni islam, menjawablah dengan Allah SWT” tulis Ashraf
Kongsi Taktik Syarikat Judi
Tegas bapa kepada empat orang cahaya mata ini, tujuannya memuatnaik video berkenaan bukanlah kerana ingin mempromosikan kegiatan judi mahupun syarikat tersebut. Sebaliknya, dia ingin menyedarkan orang ramai bahawa tindakan seumpama ini adalah antara cara untuk mereka menjatuhkan agama Islam.
“Aku post video ini bukan untuk korang main judi atau nak promote bisnes diorang tapi nak bagitahu kepada masyarakat, ini adalah cara-cara anasir-anasir yang ingin merosakkan islam secara halus. Dan media sosial adalah tempat yang mudah untuk mereka sampaikan. Video ini adalah JAHAT SAMA SEKALI dan ini adalah SALAH!” tambahnya lagi
https://www.instagram.com/p/CNsGBUrDGvp/
Menerusi artikel Murai.my sebelum ini iklan raya yang dipercayai terbitan sebuah syarikat judi berjudul GDBet333 Hari Raya berdurasi dua minit itu menjadi bualan hangat malah turut dipertikaikan kerana menggunakan khidmat mereka yang beragama Islam sebagai pelakon. Rata-rata daripada menyifatkan lagu tersebut menyinggung sensitiviti umat Islam apatah lagi judi sememangnya diharamkan oleh agama.