22.5 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Kreatif Habis! 7 Trailer filem Hollywood Versi ‘Low Budget’

Kebanyakkan filem-filem Hollywood memang tidak dapat dipisahkan dengan teknologi canggih dalam pembuatannya. Efek-efek CGI (Computer-Generated Imagery) sudah perkara biasa yang kita boleh lihat dalam filem mereka bagi mewujudkan suasana dalam alam fantasi.

Lagi-lagi filem-filem superhero Hollywood yang biasanya menampilkan tempat dan karakter unik yang rasanya tidak dapat ditemukan di dunia nyata. Biasanya, penggunaan teknologi canggih ini juga memerlukan kos yang tinggi tetapi itu tidak menjadi penghalang pemilik akaun Instagram @studio_188_ untuk mencuba membuat potongan-potongan filem Hollywood.

Dengan menggunakan barang-barang yang boleh ditemui sehari-hari, pemilik IG dari Rusia ini berjaya meniru trailer film Hollywood versi low budget yang hasilnya boleh buat anda tercengang. Tak percaya? Jom lihat 7 trailer kreatif dibuat oleh mereka seperti di bawah.

Menggunakan tembikai sebagai pengganti kepala Iron Man dalam filem The Avengers: Endgame

Meskipun menggunakan barang-barang sekelilingnya, tapi setiap trailer yang dibuat memang detail habis!

Dalam trailer filem The Lords Of The Rings versi low budget ini Studio188 banyak menggunakan makanan. Bermula dari sayur-sayuran, buah-buahan, hingga cebisan daging.

Video hasil buatan dari Studio188 ini membuktikan meskipun dengan budget terbatas, anda tetap boleh berkarya dengan kreatif.

Memakai senduk sebagai pengganti kaca mata juga boleh jadi idea yang sempurna.

Pakai botol Rexona dan Ikan Haruan pun boleh!

Kesimpulannya, kesemua hasil kerja yang dibuat tak jauh beza dari trailer filem asalnya, kan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.