Pelakon, Rita Rudaini tampil mempertahankan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) berhubung kajian yang sedang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memberikan suntikan dos keempat.
“Sekarang Korang Nak Marah Dia Nape?”-Rita Rudaini
Menerusi Insta Stories, Rita memaklumkan sebelum ini KJ telah membawa rawatan dan alternatif buat rakyat Malaysia. Namu, kini terdapat segelintir warganet meluahkan amarah terhadap Menteri Kesihatan itu.
“Habis madu sepah dibuang. Dulu dia lah tolong korang bawak masuk penawar untuk korang.. Korang puji, korang puja dia, korang marah orang lain..Korang kata penawar tu ‘ikhtiar’.
Sekarang korang nak marah dia nape?-Soal Rita
Menyifatkan Melayu Mudah Lupa
Tambahnya lagi, dia turut menyifatkan warganet sebagai tidak mengenang budi kerana tidak memikirkan usaha yang telah dilakukan oleh KJ.
“Korang ni memang tak kenang budi. Mana ‘IKHTIAR’ korang? Dah tercicir? Buster tu ‘mak segala ikhtiar’ tau. Korang ni memang tak kenang jasa dia. Dulu dia bagi 1, korang mintak 2. Sekarang dia bagi lebih.
Korang marah nape? Bukan kena bayar pun..Korang ni memang tak kenang dk untung! Biasalah..YB kena ingat, melayu mudah lupa.”- ulas pelakon ini
Menerusi laman Twitter, KJ tampil memberi penjelasan terhadap ‘kemarahan’ seorang pengguna media sosial berhubung kajian yang sedang dijalankan oleh KKM untuk memberikan suntikan dos keempat.
“Buat masa ini kita tahu satu dos pengalak siperlukan. Lebih dari itu, kita kaji dari masa ke semasa bila data saintifik baharu muncul.
Yang penting respons kita ikut data yang baharu. Ini yang dimaksud respon yang evidence-based.”-Jelas KJ
Buat masa ini kita tahu satu dos penggalak diperlukan. Lebih dari itu, kita kaji dari masa ke semasa bila data saintifik baharu muncul. Yang penting respons kita ikut data yang baharu. Ini yang dimaksud respon yang evidence-based.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) January 2, 2022