Pelakon dan pengacara Zulin Aziz menerusi hantaran di laman Instagram meluahkan rasa kecewa setelah dia dituduh sebagai selebriti yang telah dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu sebuah siasatan.
Zulin Difitnah
Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut, menurut Zulin dia telah difitnah oleh pihak tertentu dan berasa kesal apabila namanya sering dikaitkan dengan isu Macau Scam dan aktiviti penggubahan wang haram.
“Apalah salah dosa aku? Korang fitnah aku bertubi-tubi, cakap memalukanlah apalah…Selagi tak disebut nama, selagi tu netizen buat andaian dan fitnah aku.
“Di sini saya jelaskan, saya tidak pernah dipanggil untuk bantu siasatan oleh @sprm.community. Saya tidak ada kena mengena dengan sindiket itu malah tidak pernah menjalankan perniagaan dengan mereka,” tulis Zulin
Tidak Teragak Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang
Dalam pada itu, Zulin turut menegaskan dia tidak lagi akan memberi muka kepada mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah kepadanya dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
“Saya tak dapat nak tutup mulut anda,tapi sekiranya anda mengeluarkan statement berbaur fitnah keatas saya dan memberi andaian kepada orang lain untuk turut sama menfitnah,saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan”
“Pada makcik dan pakcik bawang,masa sekarang ni adalah masa yang paling tepat simpan duit,bukan bayar duit saman. Jaga tutur kata,jaga adab,jaga penulisan kita”
“Saya tegaskan sekali lagi,saya tidak akan beri muka kalini. Kepada yang dah mintak maaf,dengan hati terbuka,saya memaafkan anda. Semoga dengan memberi kemaafan ini,Allah beri saya ketenangan” tulisnya lagi
Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan dua selebriti terkenal masing-masing popular dalam bidang lakonan dan pengacaraan, antara mereka yang dijangka akan dipanggil ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan.