21.7 C
Malaysia
Saturday, November 9, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Kontroversi #DengkiKe Di Gambar Raja Permaisuri Agong, Aktivis Dedah Kes NFA

Terkini aktivis, Fahmi Reza mendedahkan kes berhubung dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada April lalu telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Ujarnya sebelum ini dia ditahan oleh pihak polis kerana hantaran yang menggunakan gambar Tunku Azizah. Dia kemudiannya membuat kapsyen “This is dengki ke?” dan gambar Tunku Azizah sebagai gambar latar dalam aplikasi Spotify.

Foto – Twitter

“Good news dari Bukit Aman! Ingat lagi 20 anggota polis datang tendang pintu rumah aku, tahan aku bawah Akta Hasutan dan lokap aku sebab karya satira #DengkiKe dengan gambar Permaisuri Agong bulan April lalu?”, tulisnya.

Menerusi Instagram, Fahmi mendedahkan pertemuannya dengan pihak polis semalam merupakan satu kemenangan kecil sebagai seorang rakyat. Jelasnya, pihak polis memberitahu kes dakwaan terhadapnya telah digugurkan kerana tiada tindakan lanjut.

Foto – @kuasasiswa (Instagram)

“Pihak polis beritahu aku kertas siasatan dah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dan kes aku diklasifikasikan sebagai NFA! No Further Action! Tiada Tindakan Lanjut! Maknanya kes aku sudah digugurkan.

Satu kemenangan kecil untuk kebebasan bersuara, kebebasan berekspresi dan kebebasan bersatira!”, kongsi Fahmi.

Tambahnya lagi, karya-karyanya merupakan satu saluran untuk rakyat bersuara dan berekspresi dengan bebas. Malah dia juga meminta orang ramai untuk menghormati hak seorang rakyat.

Foto – @kuasasiswa (Instagram)

“Lain kali jangan sibuk jadi kaki repot polis, dan hormati kebebasan rakyat untuk berekspresi”- Fahmi Reza.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.