23.6 C
Malaysia
Sunday, September 15, 2024

Latest Posts

Kongsi Video Pakai Pakaian Lokap, Dai Syed Syukur Bebas Tuduhan Cabul & Melakukan Persetubuhan Luar Tabii

Penceramah selebriti , Dai Syed yang pernah mencetuskan kontroversi disebabkan dakwaan mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta dua tahun lalu, akhirnya terjawab apabila dia telah dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh Mahkamah Petaling Jaya pada 31 Mei.

Titip Rasa Syukur

Menerusi hantaran di Instagram, Dai Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful menitipkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong dan mendoakan dirinya.

“Syukur kepada Allah selama 1 tahun lebih naik turun mahkamah PJ bersama peguam saya Tn @syedazripartnership. Akhirnya, saya dilepaskan & dibebaskan di Mahkamah Petaling Jaya.

Terima kasih kepada semua yang support & terus mendoakan saya. Allah taala sahaja yang mampu membalas jasa anda.”-Kata Dai Syed

Kongsi Video Pakai Pakaian Lokap

Dai Syed turut dilihat memuatnaik video dirinya yang pernah menyarung pakaian lokap sewaktu berdepan pertuduhan mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii dua tahun lalu.

“Hari ini dan kelmarin. Tempat yang sama cuma perasaan yang berbeza. ‘MASA’ mengajarku erti sabar, setia. penghargaan, cinta, kekuatan.”-Luah Dai Syed

Dipetik daripada laporan Utusan Nasional, Hakim Jamaludin Mat memutuskan Dai Syed dilepas dan dibebaskan (D&A) daripada kedua-dua pertuduhan selepas membenarkan permohonan peguamnya Syed Amirul Syed Edros di bawah Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah (CPC).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.