29.4 C
Malaysia
Sunday, September 1, 2024

Latest Posts

Kongsi Hari Lahir Yang Sama! Sharnaaz Ahmad Titip Ucapan Istimewa Buat Jebat Jayden

Tanggal 30 Ogos merupakan tarikh istimewa buat pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad dan anak lelakinya, Jebat Jayden yang sama-sama menyambut hari ulang tahun yang sama pada hari ini.

“Boy, Baba Kuat Sebab Cek”

Menerusi hantaran di Instagram, Sharnaaz dilihat turut menitipkan ucapan istimewa buat anak lelakinya yang kini sudah berusia empat tahun.

“Happy birthday my dear son. I’m getting older the same day as you. But I’m very sure my love for you is getting stronger.

Boy nak jadi kuat macam Baba. Boy, Baba kuat sebab cek..Who am i today is because of you. Thank you for giving me unconditional love every sec of your day.”-Tulis Sharnaaz

Rakan Selebriti Banjiri Komen

Dalam pada itu, rata-rata rakan selebriti seperti Scha Alyahya, Almy Nadia, Radin Era, Elly Mazlein dan ramai lagi dilihat membanjiri komen hantaran Sharnaaz dan turut menitipkan ucapan ulang tahun buat Sharnaaz dan Jebat Jayden.

“Happy Birthday JEBAT ❤️ .”-Scha Alyahya

“Happy birthdayy @jebatjayden and baba.”- Noor Nabila

“Happy birthday Jebat 🎂🎂🎂🎂🎂.”-Almy Nadia

Sekadar info, Jebat Jayden merupakan hasil perkahwinannya bersama usahawan dan kakak kepada selebriti Noor Neelofa, iaitu Noor Nabila.

Pasangan ini pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun membuat keputusan untuk berpisah pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.