32.2 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Kongsi Foto Tertidur Di Meja, Netizen Titip Doa Buat Ustaz Kazim Elias

Umum mengetahui Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias kini menghidapi penyakit misteri yang boleh menyebabkan luka di seluruh badan termasuk muka yang menyebabkannya rasa sakit dan gatal, malah penyakit misteri itu juga menyebabkan tidak dapat tidur lena sejak beberapa bulan yang lalu.

Sudah Lama Tidak Dapat Tidur Lena

Terkini di Facebook, pendakwah terkenal ini dilihat memuatnaik foto dirinya yang tertidur di meja dan menyatakan bahawa dirinya sudah lama tidak dapat menikmati tidur yang lena kerana penyakit misterinya itu.

“Lama dah tak bermimpi. Lama juga tidak menikmati lena. Kesakitan kepedihan miang. Tidak pernah berpisah. Mungkin ini akan dirasai sampai akhirnya. Yang tidak merasan akan mempertikai.

Dakwah itu menyegarkan. Walau mulut pembenci meringinya. Biarkan kerana mereka tidak mengetahui . Tidak merasa. Semoga dosaku terhapus dengan ujian kecil ini.”-Kata Ustaz Kazim

via Facebook Ustaz Kazim Elias

Netizen Titip Doa Buat Ustaz Kazim

Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar Ustaz Kazim agar diberikan kesembuhan dengan cepat dan terus kuat hadapi ujian.

“Syafakallah. Moga Allah ringankan beban Ustaz DUKE & sembuhkan ustaz. Aamin..”

“Semoga Datuk Ustaz cepat sembuh. Dipermudahkan urusan. InsyaAllah. Lambat atau cepat. Penawar tu ada. Sesungguhnya setiap buatan manusia yang dengki pasti ada balasan.”

via Facebook Ustaz Kazim Elias

Dipetik dari laporan Sinar Harian, Ustaz Kazim menyatakan bahawa pakar dari Institut Penyelidikan Perubatan, KKM telah datang bertemunya pada Rabu dan beliau dijadualkan bertemu dengan pakar patologi kulit dari Universiti Putra Malaysia pada Khamis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.