22.8 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Komen Ini Paling Kelakar”- Mawar Karim Terhibur Dilabel Sebagai ‘Batak Perhatian’

Selepas memuatnaik foto bersama Ashraf Muslim di Kota Mekah baru-baru ini, bekas isteri kepada Fizo Omar yang juga usahawan terkenal, Mawar Karim mendapat pelbagai kecaman netizen di media sosial.

Dituduh Sebagai “Batak Perhatian”

Menerusi posting di Insta Stories, Mawar dilihat memuatnaik komen seorang netizen yang menuduhnya sebagai ‘batak perhatian’.

“Perlu ka letak caption macam tu? Batak perhatian sangat.”-tulis seorang netizen

Dalam pada itu, Mawar membalas komen tersebut selain menyifatkannya sebagai komen yang paling kelakar dan menghiburkan hatinya.

“Dalam banyak-banyak komen ini paling kelakar, terhibur pulak rasa. Saya batak ka katak ka Botak ka ikut suka hati saya.

Mungkin awak ni lahir di dunia teruih pandai, terlalu pandai, perfect di dunia.”-ujar Mawar

“Ikut Suka Saya Nak Letak Caption Apa-Apa Dekat IG Saya”-Mawar 

Dalam hantaran yang sama, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menegaskan bahawa dia mempunyai hak untuk meletakkan sebarang kapsyen di laman Instagram miliknya.

“Ikut suka saya nak letak caption apa-apa dekat IG saya, kalau tak suka nampak tak ada button block. Dipersilakan.”-Tegas Mawar

Sekadar info, Mawaryang merupakan usahawan tudung jenama Fareeda pernah berkahwin dengan aktor kacak iaitu Fizo pada November 2013 sebelum membuat keputusan untuk bercerai pada 10 Julai 2019. Pasangan ini turut dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Wan Maryam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.