Baru-baru ini, di media sosial kecoh apabila pengacara Gegar Vaganza 7 (GV7), Nabil Ahmad dikatakan sengaja memerli selebriti yang juga hos, Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA secara terbuka ketika mengacarakan program itu Ahad lalu.
Tidak Mempunyai Masalah
Biarpun begitu, segalanya telah pun selesai apabila Diva AA mendedahkan dia tidak mempunyai masalah dengan Nabil dan tidak terkesan dengan perlian tersebut biarpun ramai yang ternanti-nantikan apakah yang akan terjadi ketika pertemuan mereka secara langsung di rancangan MeleTOP.
“Settled! Alhamdulillah! Yang penting Divo @nabilzira & Diva AA cemolot macam tak ada benda! Ko yang meroyan! #WhyBotherX3” tulis Diva AA di laman Instagram nya
Jelasnya lagi ketika diundang menjadi tetamu rancangan itu, dia menganggap tiada lagi isu diantara mereka kerana sudah lama berdamai sejak isu sebelum ini.
Terdahulu ketika bersiaran langsung, Nabil dikatakan telah memerli Diva AA apabila mengeluarkan ayat berkaitan ‘selfie stick’ kononnya merujuk kepada pengacara ini sekaligus membuatkan ramai yang mengecam tindakan Nabil yang dianggap seperti tidak professional. Malah netizen turut menuntut pengacara itu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Diva AA.