24.1 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

“Kita Pasti Akan Diuji” – Azhar Sulaiman Doa Mizz Nina & Noh Salleh Rujuk Semula

Umum sedia maklum tentang perkhabaran berita mengejutkan mengenai perpisahan yang terjadi antara Mizz Nina dan bekas suaminya Noh Salleh baru-baru ini.

Pasangan selebriti ini berpisah secara baik dan mengumumkan hal tersebut menerusi akaun media sosial masing-masing. Mendapat perkhabaran berita tersebut, ramai rakan artis dan peminat menitipkan pesanan dan kata-kata semangat buat Mizz Nina dan Noh Salleh di media sosial.

Harap Dapat Rujuk Semula

Seperti selebriti yang lain, pelakon Azhar Sulaiman juga menitipkan ucapan dan doa menerusi hantaran Instagram dan berharap agar Mizz Nina dan Noh Salleh dapat rujuk kembali.

“Setiap dari kita pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan dalam hidup ini.. Sebagai rakan arts mereka, mami hanya ingin mendoakan agar mereka akan rujuk dan kembali bersatu.. Amin.” Coretnya

via Instagram Azhar Sulaiman

Melihat perkongsian Azhar itu, rata-rata warganet turut mengaminkan doa pelakon tersebut buat Mizz Nina dan Noh Salleh dengan harapan mereka dapat kembali bersatu semula.

“Aamin”

“Allahumma aamin”

“Amin ya rabbal alamin” titip warganet

via Instagram Azhar Sulaiman

Terdahulu, Murai melaporkan selebriti terkenal tanah air Mizz Nina dan Noh Salleh sah berpisah setelah 11 tahun membina mahligai bersama.

Hasil perkongsian hidup Nina dan Noh tidak memiliki cahaya mata sendiri, namun mengambil seorang bayi lelaki sebagai anak angkat yang diberi nama Musa.

Apa-apa pun, Murai MY mendoakan yang terbaik buat Mizz Nina dan Noh Salleh!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.