21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Ketepikan Isu, Sharnaaz Ahmad Beraya Bersama Anak & Noor Nabila

Bersempena dengan Aidilfitri, pelakon Sharnaaz Ahmad tetap berhari raya bersama Noor Nabila dan anak mereka, Jebat Jayden biarpun pasangan itu kini dalam proses perceraian.

Berhari Raya Di Rumah Nabila 

Kongsi Sharnaaz di laman Instagram, dia menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini di rumah keluarga Noor Nabila dan mereka mengenepikan isu yang wujud demi Jebat. Malah dia beranggapan detik tersebut sudah cukup sempurna baginya.

“Cukup sempurna dah bagi aku. Baba (Sharnaaz) loves you boy. Isu mommy dan baba tolak ketepi, kami sayangkan kamu sangat”

Di kesempatan itu, Sharnaaz turut berkesempatan mengucapkan selamat hari raya buat anak kesayangannya dan juga Nabila sebagai seorang ibu yang cukup kuat buat anak mereka.

“Selamat hari raya sayang baaa.. and to nabila too, super mother to my boy,” katanya.

Rata-rata pengikut Sharnaaz memuji sikap kedua-duanya serta turut mendoakan yang terbaik buat hubungan mereka.Sebagai info, Sharnaaz dan Nabila telah berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.