Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah menerusi sebuah posting di Insta-Story nya telah beri amaran dipercayai ditujukan buat seseorang.
Nafi Halau Seseorang Dari Rumah
Menerusi posting tersebut, dia menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia telah menghalau seseorang daripada rumah. Terkilan dengan tuduhan itu, Bella menjelaskan bahawa dia dibesarkan dengan baik oleh keluarganya dan sama sekali tidak akan membuat perkara sedemikian.
“Saya dibesarkan dengan baik oleh kedua orang tua saya, diaorang ajar saya adab. Tepuk dada tanya selera, orang berbudi kita berbahasa and eventually your family know everything yang I tak halau pun”
Tuju Buat Aliff?
Malah, Bella yang juga penyanyi turut mempersoalkan dimanakah dia berada selama ini selain memberitahu keluarganya banyak berkorban deminya. Meskipun tidak menyatakan status itu ditujukan buat siapa, namun berdasarkan petunjuk ianya seolah-olah merujuk kepada suaminya sendiri.
Dalam pada itu, Bella turut memohon agar individu tersebut berhenti mengada-adakan cerita bahawa kononnya dia sememangnya menghalau individu tersebut dari rumah. Pada bulan lalu, Bella mendedahkan bahawa Aliff telah menjalinkan hubungan sulit bersama seorang pelakon baharu, Oktovia Manrose sebelum ianya diselesaikan dengan Bella sekali lagi memberi peluang buat suami tercinta nya itu.