Pelakon, pelawak, dan pengacara Harith Iskander tampil bersuara mengenai kes gurauan rogol seorang guru terhadap pelajarnya, Ain Husniza Saiful Nizam.
Anggap Ain Husniza Seorang Gadis Muda Yang Hebat
Menerusi laman Twitter, Harith menganggap Ain adalah seorang gadis muda yang hebat kerana mahu menjadikan sekolah sebagai satu tempat yang selamat.
“Seorang gadis muda (masih belum wanita) yang menakjubkan dan bapanya juga sama-sama hebat..Apa yang mereka mahukan adalah #MakeSchoolaSaferPlace dan mereka AKAN.”-Komen Harith
Terima Writ Saman Fitnah & Pernyataan Tuntutan Dari Guru PJPK
Dalam pada itu, media melaporkan bapa kepada Ain yang dikenali sebagai Saiful Nizam mendedahkan bahawa mereka telah menerima writ saman fitnah dan pernyataan tuntutan dari guru PJPK SMK Puncak Alam pada November lalu.
“Kami telah menerima writ saman fitnah dan pernyataan tuntutan dari Khairul Nizam bin Sanuddin (guru PKPK SMK Puncak Alam) yang telah difailkan di Mahkamah Shah Alam pada 26 November 2021.”- dedah Saiful