24.1 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Kes Amang Seksual Fizikal, Anak Penceramah Bebas Dakwa Bapa Difitnah!

Umum mengetahui baru-baru ini seorang penceramah bebas telah ditahan polis bagi siasatan kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang juga anak rakannya di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu.

“Hentikan Fitnah Jahat Ini”

Terkini menerusi hantaran di facebook, anak kepada penceramah bebas itu tampil menyatakan bahawa bapanya telah difitnah.

“Mohon Doa semua! Kami dah 3 hari di sini, belum habis dan belum berhenti, Tetiba dah keluar media? Hentikan fitnah jahat ini!”

via facebook Amin Farhan

Titip Doa Pelaku Diberikan Hidayah

via facebook Amin Farhan

Tambahnya lagi anak kepada penceramah yang dikenali sebagai Amin Farhan yang menjadi peguam mewakili bapanya turut menitipkan doa agar pelaku dan semua yang bersubahat diberi hidayah.

“Semoga pelaku dan semua yang bersubahat diberi hidayah dan bertaubat. Tindakan akan diambil. Saya anak Abah. Saya peguam Abah!”

Dipetik dari laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Suffian Sulaiman memberitahu bahawa kejadian itu dipercayai berlaku Mac lalu ketika mangsa berusia lima tahun menyertai keluarganya yang menyertai program yang diadakan di rumah suspek tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.