Mungkin ini sesuatu hal yang serius ataupun sekadar gurauan. Sebuah gambar yang di dimuat naik oleh penyanyi Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana sebentar tadi di Instagram telah mencetuskan pertengkaran kecil berlaku antara beliau dan pelakon Fikry Ibrahim.
Hal ini bermula kerana gambar yang dimuatnaik mempamerkan aksi mesra Nana bersama penyanyi Khai Bahar.
Gambar tersebut juga disertakan dengan tanda pagar romantis iaitu #satukanrasa dan juga gabungan nama mereka #khainana seolah-seolah memberi gambaran bahawa mereka akan disatukan pada hari ini. Bernikah?
Belum apa-apa lagi, Fikry meninggalkan komen dengan luah rasa hampa seolah-olah kesetiaannya tidak dipeduli.
Tanpa mengambil masa yang lama, Nana terus membalas dengan menyalahkan Fikry memberi janji palsu. Sememangnya Nana sebelum ini sering digosipkan rapat dengan pelakon Fikry selepas mereka pernah berlakon bersama dalam buah telefilem berjudul Cekelat Semanis Honey.
Tidak boleh dinafikan, sejak akhir-akhir ini Nana juga dilihat sangat akrab dengan Khai Bahar memandangkan pasangan ini sudah saling mengenali sejak Khai belum popular lagi.
Bercakap soal jodoh, dalam sebuah kenyataan Nana menerusi Sinar Harian, dia berkata, walaupun berbeza sembilan tahun lebih berusia, Nana tidak menolak jika itu sudah ketentuan-Nya
“Bagaimanapun, usia itu bukan penghalang. Meski jarak usia jauh berbeza boleh sahaja berkahwin. Apa pun ini semua kuasa Tuhan, kalau dah takdir dengan orang muda saya terima sahaja,” jelasnya kepada Sinar Harian.
Adakah mereka akan disatukan pada hari ini? Sama-sama kita nantikan.