Belum pun reda mengenai kontroversi menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki berstatus suami orang, nama pelakon Fatin Afeefa sekali lagi menjadi perhatian warganet.
Tidak Mengaku Saudara
Terbaru, seorang pengguna laman Twitter yang dikenali sebagai @sharizrosee telah mendedahkan bahawa Fatin yang juga merupakan sepupunya telah memutuskan hubungan saudara diantara mereka dipercayai berpunca daripada harta pusaka. Dedah Shariz lagi, keluarga Fatin tidak mengaku hubungan keluarga mereka kerana enggan umum mengetahui akan kewujudannya.
“Nak tau kenapa fatin afeefa tu tak nak mengaku aku cousin dia? Sebab family dia tak nak kewujudan aku adik beradik diketahui, sebab 1 family dia hidup atas harta arwah mak aku. Seronok diorang flex kemewahan kat socmed atas harta orang lain”
Curi Gelang Dan Rantai Emas
Lebih mengejutkan, menurut Shariz pelakon yang terkenal menerusi filem Tentang Bulan itu pernah mencuri gelang dan rantai emas milik ibunya nya sendiri. Namun, abang kandung Shariz telah dituduh sebagai dalang kes tersebut sehingga menyebabkannya ditahan pihak berkuasa.
“sebab banyak makan harta orang la anak dia(fatin) tu jadi perangai mcm sundal. Fatin tu dulu pun pernah curi gelang dan rantai emas mak dia, lepastu tiba2 mak dia tuduh abg i yg curi sampai abg i yg kena belasah dalam lokap, semua sebab si fatin sundal ni”
Rata-rata pengguna yang lain meluahkan rasa terkejut dengan pendedahan itu kerana tidak menyangka bahawa Fatin dan keluarganya tergamak berbuat demikian. Malah ada segeintir dari mereka turut mendedahkan beberapa perkara lain mengenai sikap pelakon ini.
Menurut Shariz, pendedahan tersebut dibuat adalah kerana ingin menegakkan kebenaran dan hak buat keluarganya.Sebelum ini dia juga, Shariz pernah mengajaknya untuk berbincang namun pihak Fatin enggan memberikan kerjasama. Ketika ini posting tersebut telah mendapat lebih dari 14 ribu ‘Retweet’ dan mencecah hampir 28 ribu tanda suka (like).