Baru-baru ini, pelakon yang popular dengan drama Cukup Derita Itu, Ruhainies terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
Akui Rasa Terseksa Untuk Bekerja Sewaktu Sedang Sakit
Ia berikutan Ruhanies mengalami gejala sakit perut dan muntah yang agak teruk dipercayai akibat keracunan makanan.Menerusi hantaran di Instagram, Ruhainies berkongsi foto dirinya yang sedang terbaring di atas katil selain akui berasa sukar untuk bekerja dengan keadaannya seperti itu.
“Hanya Tuhan saja tahu bagaimana perasaan saya ketika ini..Alami keracunan makanan beberapa hari yang lepas, sebab itu saya agak diam kebelakangan ini.
Hari ni je rasa betul-betul recover dari muntah dan kekejangan pada perut/ dada. Kena kerja sewaktu you sakit tu seksa okay.”- luah Ruhainies
Tetap Teruskan Kerja
Tambahnya lagi, meskipun keadaan kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya, Ruhainies mengambil keputusan untuk meneruskan kerja seperti biasa kerana enggan menyusahkan pihak lain.
“Orang macam kami ni MC takde value tau. Tidak kira apa yang berlaku, kena kerja jugak supaya tak menyusahkan orang lain.”- katanya
Di kesempatan itu, Ruhainies meluahkan rasa syukur kerana produksi drama yang dibintanginya memahami keadaan tersebut dan memberikan beberapa kelonggaran kepadanya.